Tentang TASKI

Muqaddimah

Peringkat prasekolah merupakan
peringkat yang paling penting dan
sesuai  untuk menanamkan nilai-nilai murni
secara formal. Kanak-kanak di peringkat
ini sangat  memerlukan rangsangan yang
berupa bimbingan orang-orang dewasa dan keadaan persekitaran yang sesuai untuk melengkapkan dirinya sebagai anggota masyarakat yang berguna.

Pandangan ilmuwan Islam dan kajian psikologi menunjukkan bahawa umur 7 tahun ke bawah merupakan tahap yang sangat peka untuk ditanamkan asas akhlak dan nilai murni insan kepada kanak-kanak. Oleh itu wajarlah jika akhlak Islam ini disemai sejak awal lagi supaya mereka benar-benar menjiwai Islam sebagai cara hidup yang sebenar.

Tanggungjawab hakiki mendidik anak-anak adalah merupakan fardhu 'ain (wajib) ke atas ibu bapa tetapi akibat daripada perkembangan dunia moden dan perubahan corak hidup masyarakat Islam (di mana rata-rata ibu bapa bekerja) menyebabkan sebahagian daripada tugas mengasuh dan mendidik anak diminta bantu kepada orang lain.

Melihat kepada perkembangan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengambil inisiatif mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) untuk memberi alternatif kepada masyarakat setempat yang menginginkan pendidikan prasekolah secara Islam.

Visi
Institusi Pendidikan yang Unik, Cemerlang dan Terbilang

Misi
Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah serta berupaya menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara serta ummah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...